DIY Pemeriksaan Payudara Dengan Minyak Mariam Elak Kanser


Pencegahan dan pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa. Itu sebabnya skrin atau melakukan ujian mengesan kanser payudara adalah sangat penting!

Teratak Anda akan memberikan 3 tindakan utama ujian payudara. Bermula dengan ujian sendiri yang kita semua boleh lakukan di rumah, kedua melakukan ujian klinikal dengan pakar dan akhir sekali melakukan ujian mammogram.

Ujian Pertama perlu dilakukan sendiri di rumah. Tujuan utama pemeriksaan dan ujian ini adalah untuk membuat anda terbiasa atau serasi dengan payudara anda. Jika anda melakukannya sebagai ujian rutin bulanan, maka anda akan lebih mudah mengesan dan melihat apabila terdapat sesuatu kelainan.

Di bawah ini adalah panduan yang boleh anda gunakan untuk melakukan ujian payudara secara DIY. Perlu diingat bahawa walaupun anda melakukan ujian ini secara teratur, anda masih perlu mendapatkan pemeriksaan payudara secara klinikal yang disyorkan serta ujian mammogram.

Sila dapatkan Minyak Mariam untuk mendapatkan DIY Pemeriksaan Payudara ini dalam Buku Panduan Minyak Mariam

 
Kemudian, Ujian Kedua adalah ujian payudara secara klinikal. Bermula pada usia 20-an, anda harus menerima pemeriksaan payudara klinikal oleh doktor atau pakar kesihatan anda. Kebiasaannya, mereka juga akan menggunakan tangan untuk membuat pemeriksaan pada payudara anda untuk mengesan sebarang kelainan seperti benjolan atau perubahan yang lain.

Akhir sekali, ujian mammogram sebagai Ujian Ketiga. Mammogram adalah X-ray yang dilakukan pada payudara. Mammogram adalah kaedah terbaik untuk mengesan kanser payudara peringkat awal. Jika dalam tahap awal, ia lebih mudah untuk dirawat dan belum cukup besar untuk membahayakan atau menimbulkan gejala.

Melakukan ujian mammogram secara teratur dapat menurunkan risiko kematian akibat kanser payudara. Jika anda berusia 40-an atau lebih, pastikan anda membuat pemeriksaan mamogram setiap 1 atau 2 tahun sekali.

Sebahagian besar syarikat insurans dan penjagaan kesihatan ada perlindungan bagi kos mammogram. Di banyak negara, terdapat kos rendah atau mamogram secara percuma yang ditawarkan melalui program kesihatan oleh kerajaan dan organisasi masyarakat.



Klik Minyak Mariam

No comments:

Post a Comment